Wednesday, August 25, 2010

Al-Kisah Hon Kenderaan....

Hii...Celamat Pagi, Good Morning,  aku baru je sampai opis...cuaca pagi ni owh-so-good!! Jalan plak tadi Mak Datuk jam ko!  Nasib baik aku pemandu yang cekap dan berdedikasi...huhu...Selamat Sampai jugak...Alhamdulillah...

Nak Dijadikan Cerita...Tadi aku telah di'hon' oleh seorang mamat berkaca mata itam ape benda pagi2 dah bersunglass bagai! yang kononnya bergaya mutu keunggulan la konon...!!Eh, aku rasa aku tak buat salah pape pon!! Pastu aku kasila chance kat dia overtake aku..cewahh...sedap je dia jeling mulut senget kat aku sambil menayangkan kete wira tahun 96 dia tu kat aku...cissss!! Hampes punya jejaka...Mak budak pun nak ngorat kunun...Sesampai je aku kat opis ni aku trus approach abang goog aku (google la) untuk mencari apa sebenae maksud di sebalik hon misteri itu..hahaha...Sekali tu, ini yang aku jumpa...Kih Kih Kih...

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
 

 Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
 

  • 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
 
  • 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
 
  • 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
 
  • 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
 
  • 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
 
  • 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
 
Ada faham? Hon terakhir tu adalah hon si apek penjual tilam daaa… huk huk
 

3 comments:

  1. haha. dah kat dahi tak tempek "mak budak".

    ReplyDelete
  2. kat dahi xtempek, tapi kat lakang kete aku ada je aku tempek 'baby on board'...

    ReplyDelete
  3. 4 X hon tu yg terbaekkkkk :)

    ReplyDelete